Monday, 13 February 2012

korean drama

hi apa khabar semua, saya adalah seorang penggemar drama korea , sudah banyak drama korea yang saya tonton ,mungkin dalam 30 buah drama. jadi saya membuat ulasan @komen mengenai drama;drama korea yang pernah saya tonton. 


no.1 lie to me



 Hrmm... kisah mengenai seorang wanita biasa yang secara tidak sengaja pada awalnya memberitahu kpd bestfrennya bahawa dia sudah pun berkahwin, sedangkan dia masih single lagi ,desas desus perkahwinannya menjadi semakin besar dan tidak terkawal setelah perkahwinan palsunya dikaitkan dengan seorang lelaki kaya.
komen saya:pelakon memang mantap saya suka pelakon wanita dan lelaki ini. ceritanya kedengaran sangat menarik, episod pertamanya sudah buat saya tertawan tetapi hanya seketika sahaja selepas mereka bercinta, sy tidak merasa lagi tarikan dalam drama ini,agak mengejutkan bila ramai yg menyukai drama ini, saya rasa salah satu puncanya adalah pelakon utamanya.


no 2. my girl

  sebuah lagi cerita tentang penipuan, penipuan seorang gadis yang menyamar sebagai cucu kepada anak orang kaya, dimana penipuannya itu dibantu oleh cucu lelaki orang kaya tersebut .ya niat asal mereka memang baik,untuk meringankan rasa bersalah seorang datuk kpd anaknya namun penipuan mereka memerangkap mereka sendiri sehingga terjerumus didalam perasaan cinta antara satu sama lain, ok my girl sangat lucu ceritanya mungkin juga my girl adalah 10 buah drama terbaik yang pernah saya tonton, setiap episod tidak menjemukan saya malah pelakonnya memberikan lakonan yang baik terutamanya pelakon utama wanitanya